aSSalaMuAlAiKumM..SelAmaT dAtaNG

Monday, May 7, 2012

:')




Ya Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Aku akur akan kesilapanku, aku telah mendapat setimpal pembalasan atas apa yang aku lakukan dulu.
Berilah hambaMu ini 1 lagi peluang untuk menebus segala salah silap.
Sakit hati ini melihat ibu bapaku menangis kecewa dan sedih kerana diriku.
Tiada niat dalam hati untuk menjadi anak yang tidak mengenang budi.
Telah banyak mereka korbankan tenaga, masa dan wang untuk aku di perantauan.
Kasihanilah mereka Ya Allah, tabahkanlah hati mereka dalam mengharungi ujianMu.
Berilah aku 1 lagi peluang untuk mengukir kembali senyuman di wajah kedua ibu bapaku.
Berilah aku 1 lagi peluang untuk  aku mengorak kembali langkahku yang masih belum ku habiskan.
Aku berjanji akan memanfaatkan peluang itu sebaik-baiknya.
Aku berjanji akan terus dekat denganMu dengan apa cara sekalipun.
Kerana aku tahu hanya berdamping denganMu saja, luka di hati dapat diubati.
Terima kasih kerana memanjangkan umurku,
 Terima kasih kerana memberi kesempatan kepadaku untuk memahami apa itu kemanisan iman.
Terima kasih... 




"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji iman seseorang itu melainkan dia mampu untuk memikulnya"


-Jangan sesekali kita berputus asa jika ditimpa musibah, malah teruskan lagi usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Apa yang berlaku, ada hikmahnya. =)

No comments:

Post a Comment