Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nyawa kepadaku untuk terus menikmati keindahan bumi ciptaanNya sehingga ke hari ini.
Kali ni, aku nak coretkan tentang kedatangan ramadhan yang tak lama lagi akan tiba. Hati ni menjadi berdebar-debar menanti ramadhan. Debaran hatiku ini sebijik ketika aku mahu berjumpa si kekasih tidak lama dulu, ketika diriku ini masih dalam terhuyung hayang dalam percintaan manusia.
Aku bersyukur sangat dikurniakan perasaan seperti ini, bukan semua dapat merasai kemanisan dan kehangatan ramadhan. Dulu-dulu dikenang balik, tiba waktu ramadhan je, hati tak tenang, selalu fikir benda-benda lagha, kadang-kadang sampai terniat untuk cari port bukak puasa supaya tak kantoi. Dan dek kerana itu, banyak jugalah puasa yang dipontengkan oleh aku dengan sengaja. Kalau puasa pon, hanya dapat lapar dan dahaga je,,sebabnya puasa tak pernah nak ikhlas. Bila difikir balik, terasa teramat-amat rugi sekali.
Pesan ayahku :-
"Kita hidup di dunia ni bukan sebab nak jadi doktor, bukan sebab nak jadi engineer, bukan sebab nak jadi peguam, bukan sebab nak jadi cikgu, tapi tujuan sebenar kita hidup adalah untuk mempersiapkan diri untuk menghadap Allah kelak. Maut tak kira tua muda. Doktor, engineer, peguam semua tu hanya sampingan je. Biarlah kita bodoh sekalipun, biarlah kita tak belajar tinggi pon, jangan sesekali tinggal solat."
Pesanan ni tersemat dalam ingatan. Betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian.
Dan ramadhan ni adalah platform terbaik untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan kepada Allah. Dan juga meningkatkan lagi amal ibadat. Memang susah nak jadi yang terbaik, cukuplah jadi yang terbaik kita mampu. Alhamdulilah syukur aku diberi peluang lagi untuk memperbetulkan kelemahan dalam diri ini. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan keindahan dalam diri kita, dan yang paling penting, dapat mencapai keredhaan Allah.
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!