aSSalaMuAlAiKumM..SelAmaT dAtaNG

Monday, July 16, 2012

Welcome Cinta~

Assalamulaikum.


Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nyawa kepadaku untuk terus menikmati keindahan bumi ciptaanNya sehingga ke hari ini.
Kali ni, aku nak coretkan tentang kedatangan ramadhan yang tak lama lagi akan tiba. Hati ni menjadi berdebar-debar menanti ramadhan. Debaran hatiku ini sebijik ketika aku mahu berjumpa si kekasih tidak lama dulu, ketika diriku ini masih dalam terhuyung hayang dalam percintaan manusia.

Aku bersyukur sangat dikurniakan perasaan seperti ini, bukan semua dapat merasai kemanisan dan kehangatan ramadhan. Dulu-dulu dikenang balik, tiba waktu ramadhan je, hati tak tenang, selalu fikir benda-benda lagha, kadang-kadang sampai terniat untuk cari port bukak puasa supaya tak kantoi. Dan dek kerana itu, banyak jugalah puasa yang dipontengkan oleh aku dengan sengaja. Kalau puasa pon, hanya dapat lapar dan dahaga je,,sebabnya puasa tak pernah nak ikhlas. Bila difikir balik, terasa teramat-amat rugi sekali.

Pesan ayahku :-

"Kita hidup di dunia ni bukan sebab nak jadi doktor, bukan sebab nak jadi engineer, bukan sebab nak jadi peguam, bukan sebab nak jadi cikgu, tapi tujuan sebenar kita hidup adalah untuk mempersiapkan diri untuk menghadap Allah kelak. Maut tak kira tua muda. Doktor, engineer, peguam semua tu hanya sampingan je. Biarlah kita bodoh sekalipun, biarlah kita tak belajar tinggi pon, jangan sesekali tinggal solat."

Pesanan ni tersemat dalam ingatan. Betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian.
Dan ramadhan ni adalah platform terbaik untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan kepada Allah. Dan juga meningkatkan lagi amal ibadat. Memang susah nak jadi yang terbaik, cukuplah jadi yang terbaik kita mampu. Alhamdulilah syukur aku diberi peluang lagi untuk memperbetulkan kelemahan dalam diri ini. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan keindahan dalam diri kita, dan yang paling penting, dapat mencapai keredhaan Allah.


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!

Monday, May 7, 2012

:')




Ya Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Aku akur akan kesilapanku, aku telah mendapat setimpal pembalasan atas apa yang aku lakukan dulu.
Berilah hambaMu ini 1 lagi peluang untuk menebus segala salah silap.
Sakit hati ini melihat ibu bapaku menangis kecewa dan sedih kerana diriku.
Tiada niat dalam hati untuk menjadi anak yang tidak mengenang budi.
Telah banyak mereka korbankan tenaga, masa dan wang untuk aku di perantauan.
Kasihanilah mereka Ya Allah, tabahkanlah hati mereka dalam mengharungi ujianMu.
Berilah aku 1 lagi peluang untuk mengukir kembali senyuman di wajah kedua ibu bapaku.
Berilah aku 1 lagi peluang untuk  aku mengorak kembali langkahku yang masih belum ku habiskan.
Aku berjanji akan memanfaatkan peluang itu sebaik-baiknya.
Aku berjanji akan terus dekat denganMu dengan apa cara sekalipun.
Kerana aku tahu hanya berdamping denganMu saja, luka di hati dapat diubati.
Terima kasih kerana memanjangkan umurku,
 Terima kasih kerana memberi kesempatan kepadaku untuk memahami apa itu kemanisan iman.
Terima kasih... 




"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji iman seseorang itu melainkan dia mampu untuk memikulnya"


-Jangan sesekali kita berputus asa jika ditimpa musibah, malah teruskan lagi usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Apa yang berlaku, ada hikmahnya. =)

Are U Ready Enough??

Assalamualaikum ....
Lame sungguh tak menaip sambil menggedik dalam blog nih rasenyer..
Maybe sebab kegedikan dah mule mengurang kot, dh masok usia matang katakan.. haha poyo!
Kadang-kadang aku rase menjadi poyo ni adelah pelengkap kepade hidop kite kan.!
Yela, dalam poyo-poyo pon, mesti boleh buat orang tergelak.
tp Alhamdulilah, aku x penah wat owg menyampah..hik3

Dalam gelak, gurau senda seharian kite, janganlah smpi kite lupe daratan. Jangan kite lupe kepade Maha Esa.
Kali ni bukan nak poyo atau bajet alim, bukan nak berlagak jadik ustaz, tapi penah tak kite tanye diri kite sendiri, kite ni dah bersedia ker nak berjumpe denganNya?? Dengan erti kate laen, dah bersedia nak mati???

Teros terang aku cakap, im not ready for this. Ye memang tak ready coz amal ibadat sangat di tahap kritikal lagi. Sangat minimum peratosnyer. Memang kompem kene libas-libas dalam kubur nanti. Fuh, tapi kalau dah ajal maot, sapelah aku nak menidakkannyer. Redha la dengan ketentuannyer.

Itu untuk kes aku, insyaAllah aku cube tingkatkan lagi. Tak rugi der buat bnde baek nih. Allah lagi sayang. Tp niat kene ikhlas, bkn nk menunjuk, bkn sebab nk orang pndang, n bukan sbb nak dpt pasangan yg baek. Kalau tak ikhlas, hancor lesap la sume amalan-amalan tu nanti..Mesti maw ingat.

Ape aku risau sekarang, ramai lagi antara kite ni melakukan dose-dose besar, fitnah, berzina, rasuah. Dlm politik takyah cakaplah, lagi menyampah aku ade lah.. Mengkafirkan antara 1 same laen. Bagos sngt la tu. Nauzubillah. Aku pon mengaku, ade je dulu dose-dose besar yang aku lakukan. Tapi kite sume manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan dan kite semua diberi peluang kedua untuk berubah. Allah tidak melihat kita yang dulu, tapi melihat kita yang sekarang. InsyaAllah, kalau nak berubah ade je jalanyer. Memang susah jadi baek, apatah lagi nak jadi alim ulama'. Aku dh lalui fasa itu......, dan aku gagal. Cume ape yang aku bley jadi adelah, jadi yang paling terbaek yang aku mampu.

Yang  penting, restu mak bapak kite. Gi la berteros terang dan minx maap ngn parents tentang silap2 kite dulu. Kalo depa maapkan, insyaAllah lagi senang penghijrahan kite nanti. Solat paling penting, jangan sesekali tinggal. Tiang agama. Sekarang ape yang aku fikir dan plan, aku just nak prepare amal ibadat banyak2 sebagai persediaan ke alam kubur. Semua kene ingat, ajal maot x kire bile2 mase saje, mude-mude skunk pon dah meninggal. Wish me luck for my new step and get yourself always ready people!!

Wednesday, January 11, 2012

Farewell BBQ

Assalamualaikum.


Masih tidak hilang lagi aura BBQ yang dianjurkan oleh group KBK Rider under UiTM sabtu lepas. Meriah dan seronok sangat infiniti. hehe. Tapi event kali ini lebih kepada sebuah majlis perpisahan untuk sahabat kami yang akan berangkat/berpindah institusi iaitu ke UniKL. Memang sebak, tapi apakan daya pilihan ditangan sendiri kan.. so hope u made the wise choice mate. 




Mata sepet, gemok, berseluar pendek dan berbaju biru kuning, tu lah kawan yang akan meninggalkan kami terkontang kanting di uitm ni. haha. Tak tahu la ngn sape lagi aku nak menggedik selepas budak gemuk ni pergi. Kalau tak, ari-ari nak menggedik, macam nyah dah aku tengok..haha. Takpe , tu sume aku simpan sebagai kenangan. Hope ko berjaya la dengan pilihan ko kat sane nanti. 




Sebelom bersurai tu, sempatlah amik gambar beramai-ramai bersama ahli KBK Rider. Sume tak tentu hala time amek gambar sebab ramai giler awek cun lalu kat depan. Hahah sebaek la aku ni cool orangnyer, tak taksob sangat ngn awek penang nih. cewah! ayat hipokrit giler. Ape-ape pon, all the best to budak gemok dan sepet!